Monday, December 6, 2010

Nota KHB-ERT (1)

Nota-nota yang terdapat dalam blog ini adalah hasil dari murid-murid KHB-ERT, SMK Telok Datok Tahun 2010. Nota ini kebanyakannya tidak mempunyai gambar. Oleh itu, pengguna bagi nota ini, perlu copy n paste nota dan memasukkan gambar sendiri jika perlu.

Maaf di atas segala kesulitan semasa menggunakan nota-nota ini. Saya akan menambah lagi nota tingkatan 1 dan 2 pada masa akan datang.

Terima Kasih.

Thursday, December 2, 2010

Tingkatan 3 : Konsumerisme

Pengguna dan Konsumerisme
Konsep Pengguna
1) Pengguna atau konsumer ialah individu yang menggunakan barng dan perkhidmatan yang dipasarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak diri.
2) Seorang individu menjadi pengguna sepanjang hidupnya. Pengguna menggunakan wang sebagai alat pertukaran untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan.
3) Oleh sebab sumber wang adalah terhad, pengguna mestilah membuat pilihan yang bijak semasa membeli barangan supaya kepuasan dapat dimaksimumkan.
3.1.2 Hak Penguna
1.Pengguna patut sedar akan hak mereka dan melaksanakan
supaya menjadi seorang pengguna yang bertanggungjawab.
2.Antara hak pengguna adalah seperti yang berikut
(a) Hak mendapat keperluan asas
-Pengguna mempunyai hak mendapat keperluan asas iaitu makanan,pakaian dan tempat perlindungan.
(b)Hak mendapat keselamatan
-Segala barangan atau perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mesti selamat digguna,
(c)Hak mendapat maklumat
-Semasa membeli barangan,pengguna boleh membaca maklumat barangan daripada label barangan sebelum membuat
Keputusan membeli barangan.
(d)Hak mendapat pilihan
-Pengguna berhak memilih barang atau perkhidmatan sehingga
Memuaskan hati.
(e)Hak mendapat ganti rugi
-Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi daripada penjual jika diberi barang dan perkhimatan yang rosak.
(f)Hak bersuara
-Ketika ditipu atau tidak puas terhadap sesuatu, pengguna mempunyai hak bersuara. Aduan boleh dibuat melalui saluran tertentu seperti persatuan pengguna atau badan-badan profesional untuk mewakili mereka.
(g)Hak mendapat pendidikan kepenggunaan
Pengguna berhak mendapat pendidikan secara berterusan.
Pendidikan seperti ini biasanya dianjurkan oleh pihak kerajaan atau melalui buletin yang dikeluarkan pihak kerajaan atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(h)Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak dilindungi daripada apa-apa yang kurang selamat atau pencemaran. Pengguna harus memastikan alam sekeliling dan tempat tinggi adalah bersih dan selamat.

Tanggungjawab Pengguna
1) Tanggungjawab pengguna terdiri daripada:
(a) tanggungjawab terhadap diri sendiri;
(b) tanggungjawab terhadap masyarakat;
(c) tanggungjawab terhadap alam sekitar.
2) Tanggungjawb terhadap diri sendiri:
Pengguna harus memupuk sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan membeli secara rasional. Pembelian secara rasional dapat dipupuk dengan membelanjakan sumber wang yang terhad secara berhati-hati. Hal ini dapat dilakukan dengan membuat belanjawan diri.
3) Tanggungjawab pengguna terhadap masyarakat:
Pengguna perlu bersatru-padu dan bekerjasama dalam membenteras sebarang penyelewengan perniagaan .
Hal ini dapat dilakukan melalui Persatuan Pengguna.
Masyarakat harus menyebarkan pendidikan kepenggunaan kepada pengguna lain juga.
4) Tanggungjawab pengguna terhadap alam sekitar
Alam sekitar berhak dinikmati oleh semua orang. Pengguna harus bertanggungjawab terhadap alam sekitar ketika atau setelah menggunakannya.

7.3 Tanggungjawab Pengeluar Kepada Pengguna
Antara tanggungjawab pengeluar kepada pengguna adalah:
(a) membeli pada harga yang berpatutan dengan memaparkan harga pada barangan dengan jelas.
(b) Membeli kuantiti yang tepat seperti yang tercatat pada label bungkusan.
(c) Memastikan bahawa pengeluar produk adalah selamat dan sesuai dengan harga yang ditawarkan.
(d) Memberi segala maklumat yang tepat pada label bungkusan.
(e) Memastikan produk yang dikeluarkan adalah berkualiti.
(f) Memastikan produk dan pengeluaran produk adalah mesra alam.
Bentuk-bentuk Penyelewengan oleh Pengeluar
(a) harga barang yang tidak stabil terutamanya pada musim-musim perayaan.
(b) Menyorok barang.
(c) Barang yang dikeluarkan berkualiti rendah.
(d) Barang yang dikeluarkan membahayakan pengguna.
(e) Timbangan dan sukatan yang tidak tepat.
(f) Pengeluar mengeluarkan maklumat yang mengelirukan pengguna.

Cara-cara Membuat Aduan
1)tara cara yang dapat dilakukan adalah:
(a) membuat aduan secara terus dengan membawa barang dan resit sebagai bukti pembelian.
(b) Membuat aduan secara bertulis.Aduan secara bertulis dapat dihantar ke pihak-pihak yang berikut:
i) Persatuan Pengguna
ii) Tribunal Tuntutan Pengguna atau Bahagian Penguatkuasaan
2)rsatuan adalah di bawah naungan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA.
3)Peranan persatuan pengguna adalah :
a)menerima dan menyiasat aduan yang diterima dan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya
b)menjalankan kajian danm penyelidikan terhadap sesuatu barangan
c)menyebarkan maklumat
d)memberi bantuan dan khidmat nasihat atau perkhidmatan guaman dalam urusan pembelian dan penggunaan barang atau perkhidmatan.
e)memberi pendidikan kepenggunaan.

7.4.2 Peranan Kerajaan
Menggubal undang-undang untuk melindungi pengguna seperti undang-undang yang berikut:
i) Akta Kawalan Harga 1946(Pindaan 1973)
ii) Akta Kawalan Bekalan 1961(Pindaan 1973)
iii) Akta Timbang dan Sukat 1972
iv) Akta Perihal Dagangan 1972
v) Akta Sewa Beli 1967
vi) Akta Elektrik 1973
vii) Akta Mutu Alam Sekitar 1974
viii) Peraturan Makanan 1985
ix) Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952(Pindaan 1983)
x) Akta Label 1980

Tingkatan 3 : Jahitan

Pilihan 2: Ekonomi Rumah Tangga
BAB 2: JAHITAN (tingkatan 3)
2.1 Proses Jahitan
1. Proses jahitan hiasan ialah menyediakan motif / corak dan menjahit artikel.
2. Hiasan biasanya digunakan untuk mencantikkan pakaian dan artikel ialah
(a) Tampal cantum (b) Tampal hias
(c) Kuilting (d) Sulaman (e)Renda

2.1.1 Jenis-jenis Hiasan dalam Jahitan
1. Tampal Cantum





2. Tampal Hias





3. Kuilting




4. Sulaman





5. Renda





2.1.2 Tampal Cantum, Tampal Hias, Kuilting
Tampal Cantum
*Jahitan tampal cantum memerlukan untuk mencantum kepingan fabrik supaya carak artikel lebih cantik.

Pengertian Tampal Cantum
(a) Fabrik yang digunakan daripada pelbagai warna dan corak .
(b) Tampal canum sesuai dibuat artikel seperti:
selimut, alas pinggan, alas meja, bantal.
(c) Bentuk-bentuk geometri digunakan untuk membuat tampal cantum ialah:



Menjahit Tampal Cantum
Langkah-langkah menjahit tampal cantum:
Langkah1: Sediakan plat contoh dengan menggunakan
kertas tebal.




Langkah2: Pindahkan plat contoh ke atas kertas lapik dan
buat seberapa banyak yang diperlukan.




Langkah3: Letakkan plat contoh di sebelah dalam (S.D.)
fabrik. Sematkan dengan jaraum peniti.




Langkah4: Gunting fabrik mengikut bentuk kertas lapik
dan sertakan basi 6mm di sekeliling tepi kertas
lapik.




Langkah5: Lipat basi ke S.D. dan jelujur di atas fabrik
sahaja. Ulang proses yang samauntuk semua
kepingan tampal cantum.



Langkah6: Temukan sebelah luar(S.L.)dua kepingan
tampal cantum dan jahit dengan jahitan lilit ubi
yang halus.




Langkah7: Gantum kesemua kepingan fabrik sehingga
menghasilkan artikel yang dikehendaki.
Langkah8: Tekan dengan seterika di sebelah dalam.
Langkah9: Tanggalkan semua jahitan jelujur dan keluaran
kertas lapik.






Langkah10: Lapik bahagian belakakng artikel dengan
fabrik yang sesuai untuk kemasan yang baik.

Tampal Hias
*Tampal hias ialah seni jahitan yang mengguna kepingan fabrikpelbagai warna, corak, tekstur.
*Jenis jahitan sesuai dijahit pada kanak-kanak,
jarung bantal, dan beg.

Pengertian Tampal Hias
(a) Tampal hias ialah tampalan satu atau lebih daripada satu
kepingan fabrik yang berbentuk di atas fabrik latar.

Menjahit Tampal Hias
Langkah-langkah menjahit tampal hias: .
Langkah1:Lukisan corak yang dikehendaki
di atas kertas lapik sebagai motif
motif tampal hias.



Langkah2:Pindahkan pola kertas motif tampal hias ke atas
Fabrik.




Langkah3:Tandakan basi kira-kira 6mm lebar.




Langkah4:Jahit mesin di luar garis bentuk motiff untuk
Menetapkan.




Langkah5:Motif tampal hias hendaklah digunting.




Langkah6:Kemaskan basi dan lipat basi
ke sebelah dalam fabrik.Pastikan
jahitan mesin tidak kelihatan di
sebelah luar fabrik.
Langkah7:Jahit jelujur untuk menetapkan lipatan.
Langkah8:Letakkan motif tampal hias di atas artikel fabrik
latar dan jelujur serong untuk menetapkan
kedudukannya.




Langkah9:Jahitan mesin atau sembat susup boleh dijahit
di sekeliling bentuk motif.




Langkah10:Tampal hias boleh dijahit dengan menggunakan
jahitan sulam seperti jahitan insang pari supaya
kelihatan lebih menarik.





Kuilting
Kuilting merupakan proses jahitan untuk menghasilkan corak timbul.

Pengertian Kulting
(a)Kuilting ialah corak timbul yang dihasilkan daripada tiga
lapisan fabrik.
(b)Dihasilkan dengan meletakkan wadding atau span di antara
dua lapisan fabrik.
(c)Digunakan untuk menjahit artikel:selimut,kusyen dan beg.

Menjahit Kuilting
Alatan dan bahan
1.Fabrik untuk lapisan atas
*Fabrik yang legap,lembut,rata,bercorak,tanpa corak,nipis
2.Wadding untuk lapisan tengah
*Pilihan wadding daripada kapas/polyester dan span nipis.
3.Fabrik untuk lapisan bawah
*Pilih fabrik yang sama
*Pilih fabrik seperti maslin,fabrik lis jika bahagian bawah kuilting
tidak dapat dilihat.
4.Benang
*Pilih benang yang sama gentian dengan fabrik dan warna sesuai
bernombor 40 dan 50.
5.Jarum
*Jarum jenis betweens pilih jarum bernombor7, 8 atau 9.

Langkah-langkah menjahit kuilting:
Langkah1:Sediakan pola.




Langkah2:Gunting fabrik kapas bercorak, tanpa corak dan span




Langkah3:Lakaran corak atau garisan pada sebelah luar fabrik lapis
atas dengan menggunakan kapur tukang jahit.



Langkah4:Letakkan lapik atau wadding di antara fabrik
lapik atas dengan fabrik lapis bawah.
Langkah5:Jahit jelujur serong untuk menetapkan ketiga-tiga
lapis fabrik.
Langkah6:Jahit mesin mengikut corak yang disediakan.
Langkah7:Kemaskan tepi kuilting dengan kun atau renda.

2.2 Penghasilan Projek Jahitan
1.Projek jahitan perlu mengandungi jahitan hiasan seperti:
tampal hias,tampal cantum,kuilting.
2.Projek dipilih ialah lapik pinggan.

2.2.1 Mengubah Suai Pola
Pola untuk sesuatu projek jahitan boleh diubah suai mengikut reka bentuk.







2.2.2 Menyusun Atur Pola dan Menggunting Fabrik
(a)Pola telah diubah mengikut cara dan ukuran yang dikehandaki.
(b)Pola talah dilukis dengan corak kuilting yang dipilih.
(c)Kenal pasti sebelah luar(S.L.)dan sebelah dalam (S.D.) fabrik.
(d)Pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus selari dengan ira
lurus fabrik.
(e)Semasa menggunting fabrik,tekan dengan sebelah tangan.







2.2.3Menjahit Projek Jahitan
Bahan-bahan
Bil Bahan Kuantiti
1. Fabrik kapas bercorak(35cm x 25cm) 2 keping
2. Wadding untuk lapik tengah(35cm x 25cm) 1 keping
3. Kun 1 1/2m
4. Benang jahit 1 buku

Proses Menjahit Kuilting pada Lapik Pinggan
(a) Menyediakan pola
(b) Melukis corak kuilting pada pola
(c) Menyusun atur pola di atas fabrik dan wadding
(d) Menjahit kuilting
(e) Menggunakan kun sebagai kemasan penyuduh tepi

2.2.4 Menghias Projek Jahitan
1.Hiasan sampingan seperti:
(a) Renda (b) Kun (c) Labuci
(d) Manik (e) Reben (f) Sulaman

Tingkatan 3 : Kaedah Membuat Biskut dan Kek


KAEDAH MEMBUAT BISKUT DAN KEK
1.1 Gaul dan Ramas
l Mudah
l Tidak memerlukan banyak masa dan alatan
1.1.1 Pengertian Kaedah Gaul dan Ramas
n Maksud : lemak dan tepung digaul dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti



1.1.2 Biskut Kaedah Gaul dan Ramas
 






1.1.3 Menyedia, Memasak, Menghias, Menghidang, dan Membuat Pengiraan Kos Biskut
u Menghias dan Menghidang Biskut
i.                 Hiasan : kuning telur, ceri, coklat urai berwarna, dan gula manik.
ii.             Dihidangkan di dalam pingan yan beralas dengan kertas doili
u Membuat Pengiraan Kos Biskut Kaedah Gaul dan Ramas (Biskut Makmur)
i.                 Kos bahan mentah
ii.             Kos upah = bilangan pekerja x masa x kadar upah
iii.         Kos overhed = Kos air + kos elekrtik
iv.          Kos projek = Kos bahan + kos upah + kos overhed
1.14 Membungkus Biskut
l Menghasilkan biskut yang lebih tahan lama, mudah dilihat dari segi bentuk, dan susunan yang menarik
l Perlu dibiarkan sejuk sepenuhnya sebelum dibungkus
l Perlu dibungkus secara berasingan agar rasanya tidak bercampur
l Disampan dalam plastik, kotak lutsinar, dan baling kedap udara
 




u Kaedah Membungkus Biskut Menggunakan Plastik
1. Sediakan plastic lutsinar berbunga
  24cm x 28cm. Lipatkan mengikut garisan
  dang am di hujungnya.
2. Ukuran 7cm dari bahagian bawah kertas.
 
3. Lipatkan kertas mengikut garis putus-putus.
 

4. Lipatkan pipih ke atas dan ke bawah
bahagian kecil.
5. Lipatkan di bahagian atas dan bawah yang dipipihkan
dan gamkan. Gunting birai di bahagian atas.
1.1.5 Kek Kaedah Gaul dan Ramas
Contoh :
 


1.1.6Menyedia, Memasak, Menghias, Menghidang, dan Membuat Pengiraan Kos Kek Kaedah Gaul dan Ramas
u Menghias dan Menghidang Kek
i.                 Dihias dengan aising, krim, coklat, atau buah-buahan seperti kismis, buahan campuran, blueberi, raspberi
ii.             Dihidangkan di atas pinggan kek yang dialas dengan pelapik kek atau kertas doili
u Pengiraan Kos Kek Kaedah Gaul dan Ramas
i.      Kos bahan mentah
ii     Kos upah = bilangan pekerja x masa x kadar upah
iii.            Kos overhed = Kos air + kos elekrtik
iv     Kos projek = Kos bahan + kos upah + kos overhed
1.1.7 Pengertian Pasti
n Pastri adalah aduan tepung, lemak dan cecair yang dihasilkan dalam bentuk doh.
n Disediakan dengan kaedah gaul dan ramas dikenali sebagai pastry rapuh.
1.1.8 Pastri Kaedah Gaul dan Ramas
1.1.9 Menyedia, Memasak, Menghias, Menghidang, dan Membuat Pengiraan Kos Pastri Rapuh
u Menghias dan Menghidang Pastri
i.                 Pastri manis dihasi dengan buah-buahan seperti ceri dan kiwi, coklat urai, dan gula manik
ii.             Sesuai dihidangkan di dalam pinggan bulat yang dialas dengan kertas doili
iii.         Pastri yang berperisa atau savouri dihais dengan cili merah, daun bawang, dan daun parsly.
u Pengiraan Kos Pastri Kaedah Gaul dan Ramas
i.      Kos bahan mentah
ii     Kos upah = bilangan pekerja x masa x kadar upah
iii.     Kos overhed = Kos air + kos elekrtik
iv     Kos projek = Kos bahan + kos upah + kos overhed
1.2 Kaedah Putar
l Mengandungi sukatan lemak yang lebih banyak daripada sukatan tepung
l Menjadikan kek atau biskut lebih lemak, lembap, dan tahan lebih lama.
l Lemak yang boleh digunakan ialah marjerin, mentega, dan lemak sayur.
1.2.1 Pengertian Kaedah Putar
n Apabila lemak dan gula diputar sehingga kembang dan berwarna putih
a)    Putar mentega dan gula sehingga kembang
 

b)   Masukkan telur sedikit demi sedikit
 

c)    Bubuh tepung sedikit demi sedikit sambil
kaup dan balik.
1.2.2 Biskut Kaedah Putar
Contoh:


1.2.3 Menyedia, Memasak Menghias, Menghidang, dan Membuat Pengiraan Kos Biskut
u Menghias dan Menghidang Biskut
i.                 Dihias dengan menggunakan kacang, badam, coklat urai, dan ceri
u Pengiraan Kos Biskut Kaedah Putar
i.      Kos bahan mentah
ii     Kos upah = bilangan pekerja x masa x kadar upah
iii.     Kos overhed = Kos air + kos elekrtik
iv     Kos projek = Kos bahan + kos upah + kos overhed
1.2.4    Kek Kaedah Putar
Contoh:


1.25 Menyedia, Memasak, Menghias, Menghidang, dan Membuat Pengiraan Kos Kek
l Menghias dan Menghidang Kek
i.                 dihias dengan aising, krim putar, sos coklat ,kismis, buahan campuran, blueberi, raspberi.
ii.             Dihidangkan dalam pingan kek yang dialas kertas doili
l Pengiraan Kos Kek Kaedah Putar
i.      Kos bahan mentah
ii     Kos upah = bilangan pekerja x masa x kadar upah
iii.     Kos overhed = Kos air + kos elekrtik
iv             Kos projek = Kos bahan + kos upah + kos overhed
1.3              Kaedah Enjut
1.3.1 Pengertian Kaedah Enjut
Kaedah Enjut ialah apabila campuran gula dan telur dienjut sehingga kembang dan gebu.
Tujuan : Memerangkap udara dalam telur bagi menghasilkan adunan yang ringan.
 




1.3.2 Kek Kaedah Enjut
 



1.3.3 Menyedia, Memasak, Menghias, Menghidang, dan Membuat Pengiraan Kos
u Menghias dan Menghidang Bahulu
i.                 Disediakan dalam acuan yang terdiri daripada pelbagai corak yang menarik.
ii.             Terdapat corak bunga, daun, haiwan, dan sebagainya.
iii.         Tidak perlu dihias terlalu banyak supaya dapat mengekalkan keaslian bentuknya. Hidang di atas pinggan bulat yang di alas kertas doili
u Pengiraan Kos Kek Kaedah Enjut
i.     Kos bahan mentah
ii Kos upah = bilangan pekerja x masa x kadar upah
iii. Kos overhed = Kos air + kos elekrtik
iv    Kos projek = Kos bahan + kos upah + kos overhed
1.3.4    Kek Kaedah Enjut yang Divariasikan
 




1.3.5    Menyedia, Memasak, Menghias, Menghidang, dan Membuat Pengiraan Kos Kek Kaedah Enjut yang Divariasikan
n Menghias dan Menghidang Kek Kaedah Enjut yang Divariasikan
i.                 Kek boleh dihias dengan menggunakan jem raspberi, blueberi, atau nanas
ii.             Permukaan kek boleh dihias dengan gula aising yang diayak di atas kertas doili bercorak dan apabila kertas doili ditanggalkan, ia akan meninggalkan corak bunga yang menarik.
iii.         Kek boleh dihidangkan di atas pinggan yang beralaskan kertas doili.
n Pengiraan Kos Kek Kaedah Enjut yang Divariasikan
i.      Kos bahan mentah
ii             Kos upah = bilangan pekerja x masa x kadar upah
iii.            Kos overhed = Kos air + kos elekrtik
iv             Kos projek = Kos bahan + kos upah + kos overhed

Tingkatan 3 : Tempat Kediaman

TEMPAT KEDIAMAN

DEFINISI: Tempat tinggal yang boleh memberi perlindungan bagi sesebuah keluarga

JENIS RUANG TEMPAT KEDIAMAN
1. Ruang sosial
2. Ruang kerja
3. Ruang persendirian


KESELESAAN TEMPAT KEDIAMAN
PENGUDARAAN –Dapat menjamin keselesaan
*Kepentingan-Menentukan udara masih segar
-Mengelakkan bau kurang menyenangkan
-Menentukan kesihatan yang baik

PENCAHAYAAN
*Pencahayaan am-Menerangi seluruh bilik tanpa halangan
*Pencahayaan terus- Memancar ke satu arah sahaja
*Pencahayaan tidak langsung-diperoleh daripada pantulan cahaya ke siling atau dinding dan dibalikkan ke ruang sekitarnyaseprti lampu hiasan dinding

SKEMA WARNA
*Warna lembut-Mewujudkan suasana sejuk tenang dan harmonis
- Ruang kecil kelihatan lebih luas
- Siling yang rendah kelihatan tinggi
- Biru muda, hijau muda dan merah jambu



*Warna Terang-Mewujudkan suasana ceria dan cerah
-Ruang kecil kelihatan luas
-Siling yang rendah kelihatan tinggi
-Merah, jingga dan kuning

*Warna Gelap –Mewujudkan suasana tenang dan redup
- Ruang besar kelihatan lebih kecil
- Siling yang tinggi kelihatan rendah
- Biru tua dan ungu tua

LANTAI DAN PENUTUP LANTAI
*Ciri-ciri lantai yang baik -cantik
-kukuh
-tidak licin
-senang dijaga
*Jenis-jenis lantai
• Lantai simen- serambi,stor
• Lantai mozek- dapur,bilik mandi
• Terazo -bilik tetamu
• Marmar -bilik tetamu
• Parket-bilik tidur, bilik tetamu, tangga
*Jenis penutup lantai ialah permaidani, linolium dan vinil.
*Pemilihan penutup lantai menjamin keselamatan, keteguhan dan memudahkan penjagaan.

ALATAN & KELENGKAPAN
* Tempat kediaman memerlukan perabot dan kelengkapan untuk kemudahan dan keselesaan penghuninya.
*Perabot dan kelengkapan perlu disusun dengan sistematik supaya
• udara dapat beredar dengan baik
• tidak menghalang laluan
• kemalangan dapat dielakkan

KESELAMATAN
-Pilih alatan kelengkapan mengikut keutamaan dan pastikan ia dalam keadaan baik dan popular supaya alat ganti mudah diperolehi
-Peralatan elekrikda peraltan yang tajam digunakan dan disimpan dengan baik
-Jenis lantai sesuai dengan fungsi ruang
-Sediakan alat pemadam api






PENJAGAAN TEMPAT KEDIAMAN
JENIS KETERANGAN CONTOH
Pembersihan Harian  Dilakukan setiap hari
 Kerja yang ringan dan ringkas
 Dilakukan dalam masa yang singkat  Menyapu
 Mencuci pakaian
 Membuang sampah
 Menyusun buku
Pembersihan mingguan  Dilakukan pada hujung minggu
 Masa yang lebih lama
 Ada pembahagian tugas  Mengelap tingkap & perabot
 Mencuci tandas
 Memvakum
 Mengemop lantai
Pembersihan Berkala  Dilakukan pada masa cuti
 Begotong-royong bersama ahli keluarga  Menukar langsir
 Membersih kipas
 Membersih stor



Alat pencuci
BIL ALAT PENCUCI KEGUNAANNYA
1 Berus siling Membersih siling dan dinding
2 Sekuji Mengelap lantai
3 Penyapu rami Menyapu permukaan lantai licin
4 Penyapu lidi Menyapu lantai papan&konkrit
5 Penyapu sabut/plastik Menyapu permukaan lantai yang tidak licin
6 Berus tandas Mencuci mangkuk tandas
7 Mop lantai Mengelap lantai

Agen pencuci
BIL AGEN PENCUCI KEGUNAANNYA
1 Sabun Menghilangkan kotoran
2 Detergen Mencuci kotoran
3 Peluntur Menghilangkan kotoran degil
4 Pembasmi kuman Membunuh kuman

FAKTOR PEMILIHAN PERABOT DAN KELENGKAPAN TEMPAT KEDIAMAN
 Saiz ruang
 Saiz Perabot
 Skema Warna
 Keceriaan
 Keselamatan
 Bilangan ahli keluarga
SUSUN ATUR ALATAN DAN KELENGKAPAN DI RUANG DAPUR
AKTIVITI PENERANGAN
Meja Kerja  Diletakkan berhampiran dengan sink dan dapur untuk mengurangkan pergerakan
 Berada pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerja
Peti Sejuk  Diletakkan jauh daripada dapur bagi mengelakkan terkena haba yang panas
 Berdekatan dengan meja kerja supaya dapat memudahkan kerja
Sink  Diletakkan di tepi tingkap untuk mendapat pencahayaan dan pengudaraan yang baik
Dapur  Berada pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerja
 Diletakkan jauh daripada bahan mudah terbakar
 Diletakkan berhampiran dengan meja kerja untuk mengurangkan pergerakan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...