Thursday, December 2, 2010

Tingkatan 3 : Elektrik


ELEKTRIK
Setelah mempelajari bab ini, anda akan dapat:
  1. ·      Membaca meter kilowatt jam(kwj).
  2. ·      Mengira kos peggunaan tenaga elektrik.
  3. ·      Membaca maklumat pada plat perincian motor.
  4. ·      Mengenali jenis motor.
  5. ·      Menyatakan arah pusingan motor DC.
  6. ·      Mengenal pasti mekanisme penghantaran kuasa motor DC.
Pengenalan
Kehidupan manusia hari ini banyak bergantung kepada penggunaan tenaga elektrik. Urusan bank, premis perniagaan, pembinaan bangunan, system pengangkutan, dan sebagainya banyak bergantung kepada elektrik sebagai sumber tenaga utamanya.
2.1 Mengira kos tenaga elektrik
Tenaga elektrik yang digunakan di rumah akan dikira setiap bulan. Bacaan meter akan diambil untuk menentukan jumlah bayaran yang dikenakan kepada pegguna elektrik.

2.1.1Membaca meter kilowatt jam(meter kwj)
Alat yang digunakan untuk menyukat jumlah tenaga elektrik yang diguankan di rumah atau premis perniagaan ialah meter kilowatt jam. Unit yang digunakan ialah kilowatt jam. Meter kilowatt jam yang dipasangkan adalah jenis meter digital. Tenaga elektrik disukat dalam unit kilowatt jam.

Cara membaca meter kwj ini ialah:
I.            Meter dibaca terus dari nombor digit besar ke nombor digit kecil.
II.            Unit 0.1 tidak diambil kira kerana kurang daripada satu unit.
III.            1 unit tenaga digunakan bersamaan 1 kwj.
2.1.2 mengira kos penggunaan tenaga elektrik
Bacaan tenaga elektrik yang telah digunakan direkodkan pada setiap bulan. Pengguna akan dikenakan bayaran bagi setiap unit tenaga elektrik yang telah digunakan. Cara mengira junlah tenaga elektrik yang telah digunakan adalah:
                I.            Bacaan meter kwj bulan sebelumnya.
            II.            Bacaan meter kwj bulan semasa.
       III.            Unit tenaga elektrik yang digunakan ialah perbezaan bacaan unit kwj semasa dan bulan sebelumnya.
Kadar tariff ialah senerai harga untuk bayaran tenaga elektrik yang digunakan. Tenaga Nasional Berhad telah menetapkan kadar tariff yang berbeza mengikut jenis peggunaan. Bayaran yang dikenakan ke atas penggunaan elektrik dikira dengan cara:
Jumlah bayaran=Jumlah unit tenaga elektrik yang digunakan ûkadar tarif
Pengiraan bayaran bil elektrik
Bil elektrik mencatatkan jumlah yang dikenakan kepada pengguna.
Cara pengiraan bayaran bil elektrik:
Bacaan sekarang
Bacaan dahulu
Jumlah unit tenaga yang digunakan
Mengikut kadar tariff A-Tarif kediaman
200 unitû0.218
70unitû0.258
2.2Pengenalan Motor Arus Terus
Motro adalah komponen yang sering digunakan pada elektrik. Ia digunakan pada mesin industry, peralatan elektrik, dan alat permainan. Motor berfungsi menukarkan tenaga elektrik lepada tenaga kinetic. Motor arus terus kebiasaannya digunakan dalam peralatan elektrik mudah alih. Contoh peralatan yang menggunakan motor arus terus ialah alat permainan bermotor, motor penghidup kenderaan, kipas radiator kereta, dan skuter elektrik.
2.2.1 Plat Perincian Motor DC
Dilekatkan di luar badan motor. Ia berfungsi sebagai pemberi maklumat dari aspek jenis(type), kuasa bekalan(power), putarann (rpm), watt, kuasa kuda(hp), dan arus(I).
                           RPM: 17,400
                           VOLT: 8,4 volt
                           WATT: 120



2.2.2 jenis motor elektrik
Motor elektrik menghasilkan tenaga kinetic penggerak utama untuk menjalankan sesuatu kerja. Aci motor berputar apabila motor dibekalkan dengan sumber bekalan elektrik. Sumber bekalan elektrik terdiri daripada arus terus(DC) atau arus ulang-alik  (AC). Oleh yang demikian, motor elektrik boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu motor arus terus (DC) dan motor arus ulang-alik(AC)

Bahagian utama motor arus terus(DC)
Komponen utama motor arus terus sama dengan jana kuasa arus terus (DC). Antara komponen utama ialah:
    I.            Rangka utama
II.             Magnet kekal
III.                
III.            Berus karbon
IV.            Gegelung angker
 
V.            Penkartertib (Commutator)
2.2.4 Mekanisme Penghantaran Kuasa Motor DC
Motor DC terdapat dalam pelbagai saiz yang digunakan dalam peralatan di rumah dan di tempat kerja. Penggunaan motor DC dalam peralatan bergantung kepada reka bentuk dan keperluan peralatan tersebut. Terdapat pebagai peralatan yang menggunakan motor DC seperti permain radio kaset, pemain atau pemutar cakera padat (CD), dan digital versatile (DVD). Motor DC juga digunakan dalam kit robot dan kereta kawalan jauh.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...