Thursday, December 2, 2010

Tingkatan 3 : Konsumerisme

Pengguna dan Konsumerisme
Konsep Pengguna
1) Pengguna atau konsumer ialah individu yang menggunakan barng dan perkhidmatan yang dipasarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak diri.
2) Seorang individu menjadi pengguna sepanjang hidupnya. Pengguna menggunakan wang sebagai alat pertukaran untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan.
3) Oleh sebab sumber wang adalah terhad, pengguna mestilah membuat pilihan yang bijak semasa membeli barangan supaya kepuasan dapat dimaksimumkan.
3.1.2 Hak Penguna
1.Pengguna patut sedar akan hak mereka dan melaksanakan
supaya menjadi seorang pengguna yang bertanggungjawab.
2.Antara hak pengguna adalah seperti yang berikut
(a) Hak mendapat keperluan asas
-Pengguna mempunyai hak mendapat keperluan asas iaitu makanan,pakaian dan tempat perlindungan.
(b)Hak mendapat keselamatan
-Segala barangan atau perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mesti selamat digguna,
(c)Hak mendapat maklumat
-Semasa membeli barangan,pengguna boleh membaca maklumat barangan daripada label barangan sebelum membuat
Keputusan membeli barangan.
(d)Hak mendapat pilihan
-Pengguna berhak memilih barang atau perkhidmatan sehingga
Memuaskan hati.
(e)Hak mendapat ganti rugi
-Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi daripada penjual jika diberi barang dan perkhimatan yang rosak.
(f)Hak bersuara
-Ketika ditipu atau tidak puas terhadap sesuatu, pengguna mempunyai hak bersuara. Aduan boleh dibuat melalui saluran tertentu seperti persatuan pengguna atau badan-badan profesional untuk mewakili mereka.
(g)Hak mendapat pendidikan kepenggunaan
Pengguna berhak mendapat pendidikan secara berterusan.
Pendidikan seperti ini biasanya dianjurkan oleh pihak kerajaan atau melalui buletin yang dikeluarkan pihak kerajaan atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(h)Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak dilindungi daripada apa-apa yang kurang selamat atau pencemaran. Pengguna harus memastikan alam sekeliling dan tempat tinggi adalah bersih dan selamat.

Tanggungjawab Pengguna
1) Tanggungjawab pengguna terdiri daripada:
(a) tanggungjawab terhadap diri sendiri;
(b) tanggungjawab terhadap masyarakat;
(c) tanggungjawab terhadap alam sekitar.
2) Tanggungjawb terhadap diri sendiri:
Pengguna harus memupuk sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan membeli secara rasional. Pembelian secara rasional dapat dipupuk dengan membelanjakan sumber wang yang terhad secara berhati-hati. Hal ini dapat dilakukan dengan membuat belanjawan diri.
3) Tanggungjawab pengguna terhadap masyarakat:
Pengguna perlu bersatru-padu dan bekerjasama dalam membenteras sebarang penyelewengan perniagaan .
Hal ini dapat dilakukan melalui Persatuan Pengguna.
Masyarakat harus menyebarkan pendidikan kepenggunaan kepada pengguna lain juga.
4) Tanggungjawab pengguna terhadap alam sekitar
Alam sekitar berhak dinikmati oleh semua orang. Pengguna harus bertanggungjawab terhadap alam sekitar ketika atau setelah menggunakannya.

7.3 Tanggungjawab Pengeluar Kepada Pengguna
Antara tanggungjawab pengeluar kepada pengguna adalah:
(a) membeli pada harga yang berpatutan dengan memaparkan harga pada barangan dengan jelas.
(b) Membeli kuantiti yang tepat seperti yang tercatat pada label bungkusan.
(c) Memastikan bahawa pengeluar produk adalah selamat dan sesuai dengan harga yang ditawarkan.
(d) Memberi segala maklumat yang tepat pada label bungkusan.
(e) Memastikan produk yang dikeluarkan adalah berkualiti.
(f) Memastikan produk dan pengeluaran produk adalah mesra alam.
Bentuk-bentuk Penyelewengan oleh Pengeluar
(a) harga barang yang tidak stabil terutamanya pada musim-musim perayaan.
(b) Menyorok barang.
(c) Barang yang dikeluarkan berkualiti rendah.
(d) Barang yang dikeluarkan membahayakan pengguna.
(e) Timbangan dan sukatan yang tidak tepat.
(f) Pengeluar mengeluarkan maklumat yang mengelirukan pengguna.

Cara-cara Membuat Aduan
1)tara cara yang dapat dilakukan adalah:
(a) membuat aduan secara terus dengan membawa barang dan resit sebagai bukti pembelian.
(b) Membuat aduan secara bertulis.Aduan secara bertulis dapat dihantar ke pihak-pihak yang berikut:
i) Persatuan Pengguna
ii) Tribunal Tuntutan Pengguna atau Bahagian Penguatkuasaan
2)rsatuan adalah di bawah naungan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA.
3)Peranan persatuan pengguna adalah :
a)menerima dan menyiasat aduan yang diterima dan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya
b)menjalankan kajian danm penyelidikan terhadap sesuatu barangan
c)menyebarkan maklumat
d)memberi bantuan dan khidmat nasihat atau perkhidmatan guaman dalam urusan pembelian dan penggunaan barang atau perkhidmatan.
e)memberi pendidikan kepenggunaan.

7.4.2 Peranan Kerajaan
Menggubal undang-undang untuk melindungi pengguna seperti undang-undang yang berikut:
i) Akta Kawalan Harga 1946(Pindaan 1973)
ii) Akta Kawalan Bekalan 1961(Pindaan 1973)
iii) Akta Timbang dan Sukat 1972
iv) Akta Perihal Dagangan 1972
v) Akta Sewa Beli 1967
vi) Akta Elektrik 1973
vii) Akta Mutu Alam Sekitar 1974
viii) Peraturan Makanan 1985
ix) Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952(Pindaan 1983)
x) Akta Label 1980

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...