Thursday, December 2, 2010

Tingkatan 3 : Elektronik

3.1 Komponen Elektronik
3.1.1 Litar Bersepadu
Litar bersepadu ialah sejenis komponen elektrik yang paling
popular digunakan pada peralatan elektronik.
Binaan
* I.C mengandungi gabungan komponen elektronik seperti
transistor,perintang,diod,dan pemuat yang diperbuat daripada
bahan separa pengalir.
* Gabungan ini dapat menghasilkan satu pakej yang sangat kecil
yang dinamakan serpihan. Serpihan mempunyai satu litar
lengkap atau separa lengkap.
* Wayar emas biasanya digunakan untuk menyambung serpihan
pada pin-pin I.C.
* Serpihan I.C ditutup dengan perumah plastik atau logam bagi
melindunginya daripada rosak.
* Pin-pin atau kaki I.C akan bertambah sekiranya litarnya
mempunyai fungsi yang kompleks.
Fungsi
* I.C berfungsi sebagai satu litar yang kompleks dan kecil saiznya
bagi menjimatkan ruang.
* Setiap pin I.C mempunyai fungsi yang tertentu. Nombor-nombor
yang terdapat pada pin I.C dapat menyatakan fungsi-fungsi I.C
dengan merujuk kepada lembaran data.
* Lembar data boleh diperoleh daripada pengilang atau pembekal
yang membekalkan I.C tersebut.

I.C Muzik
1) I.C muzik merupakan komponen elektronik yang menyerupai
sebuah transistor.
2) I.C muzik mempunyai 3 kaki.
3) Perbezaan IC muzik dengan transistor biasa, komponen ini dilihat
pada nombor yang tercetak pada badan IC muzik berkenaan. IC
muzik yang biasa digunakan ialah BT 66T-19L atau FT 66T-68L.
4) Irama yang dihasilkan oleh IC muzik yang digunakan dalam projek
akan berbeza mengikut nombor atau jenis IC muzik yang digunakan.

Kaedah Pengguna IC dan Cara Penyimpanan
1) IC adalah sangat kompleks dan sensitif, maka ia harus digunakan
secara berhati-hati supaya dapat mengelakkan kerosakan terutama
pada bahagian kakinya.
2) Kerosakan IC boleh berlaku apabila suhu terlalu tinggi atau voltan
arus yang berlebihan melaluinya.
3) Bagi mengelakkan kerosakan, soket IC harus digunakan untuk
pematerian pada litar. Jangan pateri terus kepada IC.

3.1.2 Suis Mikro
Suis mikro adalah suis yang sangat kecil.
Binaan
1) Suis mikro mempunyai tiga pin di bahagian bawahnya, iaitu pin
COM (Common), pin NO (Normally open), dan pin NC (Normally
Closed).
2) Pin COM bertindak sebagai punca neutral dalam litar. Manakala
pin NO dan pin NC bertindak sebagai punca hidup.
3) Dalam keadaan biasa suis mikro, satu litar lengkap akan berlaku
daripada pin COM ke pin NC kerana spring menyentuh sesentuh A.
4) Manakala apabila tuil penolak ditekan, penolak akan menolak
spring dan menyentuh sesentuh B. Maka satu litar lengkap akan
berlaku daripada pin COM ke pin NO.
Fungsi
1) Suis mikro merupakan suis yang mempunyai dua fungsi dalam
satu suis, suis mikro boleh bertindak sebagai suis tekan tutup dan
suis tekan buka.
2) Suis mikro biasa digunakan dalam sistem penggera dan bertindak
sebagai suis pemutus keselamatan.

3.1.3 Mikrofon
1) Mikrofon ialah komponen elektronik yang berfungsi untuk menerima
gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektrik.
2) Jenis mikrofon yang biasa digunakan ialah jenis:\
a) mikrofon gegelung bergerak (dinamik)
b) mikrofon jenis pemuat
c) mikrofon jenis karbon
Binaan
1) Mikrofon mempunyai sejenis komponen yang dinamakan transduser
yang berfungsi untuk mengesan gelombang bunyi.
2) Gelombang bunyi yang terkena kepada transduser akan ditukarkan
kepada gelombang elektrik.
3) Transduser yang biasa digunakan dalam mikrofon ialah transduser
jenis gegelung bergerak, jenis pemuat, dan jenis karbon.

3.1.4 Pembesar Suara
1) Pembesar suara merupakan komponen elektronik yang digunakan
pada alatan dan perkakas yang mengeluarkan bunyi.
2) Ia berfungsi untuk menukarkan gelombang elektrik kepada
gelombang bunyi.
Binaan
1) Pembesar suara terdiri daripada magnet kekal, diafragma, gegelung
dawai, kerangka, dan tamatan.
2) Gegelung dililit pada kertas keras yang berbentuk silinder dan
dilekatkan di hujung diafragma.
3) Gegelung ini ditempatkan dalam sela udara pada magnet kekal.
4) Kerangka digunakan untuk memegang diafragma supaya tidak tertanggal.
Fungsi
1) Gegelung elektrik yang masuk pada tamatan akan mengalir
melalui gegelung.
2) Hal ini akan menyebabkan medan magnet dihasilkan pada
gegelung.
3) Medan magnet ini akan bertindak balas dengan medan magnet
yang dihasilkan oleh magnet kekal.
4) Tindak balas akan menyebabkan gegelung menolak diafragma.
5) Tolakan ini berlaku berulang kali dan menyebabkan diafragma
bergetar.
6) Getaran ini akan menghasilkan gelombang bunyi.

3.2 Membaca dan Menterjemah Lukisan Skematik
Lukisan skematik merupakan lukisan yang menggambarkan susunan dan
kedudukan komponen bagi sesuatu projek melalui simbol. Butiran yang
diperoleh dalam lukisan skematik ialah:
a) Komponen
b) Cara penyambungan\
c) Punca bekalan
d) Punca tamatan

3.3 Penghasilan Projek
Langkah-langkah menghasilkan projek:
1) Membentuk Kaki Komponen
2) Memasang Komponen
3) Menyemak Pemasangan
4) Mematerikan Kaki Komponen
5) Memotong Kaki Komponen yang Berlebihan
6) Menguji Projek
7) Membersih dan Menyimpan Alatan Tangan dan Bahan
8) Aplikasi Projek

2 comments:

  1. insyaalla boleh ingat nanti masa exam pmr tahun ni..:)

    ReplyDelete
  2. Apa sebab kerosakkan suis togel dan suis tekan tutup?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...