Thursday, December 2, 2010

Tingkatan 3 : Tempat Kediaman

TEMPAT KEDIAMAN

DEFINISI: Tempat tinggal yang boleh memberi perlindungan bagi sesebuah keluarga

JENIS RUANG TEMPAT KEDIAMAN
1. Ruang sosial
2. Ruang kerja
3. Ruang persendirian


KESELESAAN TEMPAT KEDIAMAN
PENGUDARAAN –Dapat menjamin keselesaan
*Kepentingan-Menentukan udara masih segar
-Mengelakkan bau kurang menyenangkan
-Menentukan kesihatan yang baik

PENCAHAYAAN
*Pencahayaan am-Menerangi seluruh bilik tanpa halangan
*Pencahayaan terus- Memancar ke satu arah sahaja
*Pencahayaan tidak langsung-diperoleh daripada pantulan cahaya ke siling atau dinding dan dibalikkan ke ruang sekitarnyaseprti lampu hiasan dinding

SKEMA WARNA
*Warna lembut-Mewujudkan suasana sejuk tenang dan harmonis
- Ruang kecil kelihatan lebih luas
- Siling yang rendah kelihatan tinggi
- Biru muda, hijau muda dan merah jambu



*Warna Terang-Mewujudkan suasana ceria dan cerah
-Ruang kecil kelihatan luas
-Siling yang rendah kelihatan tinggi
-Merah, jingga dan kuning

*Warna Gelap –Mewujudkan suasana tenang dan redup
- Ruang besar kelihatan lebih kecil
- Siling yang tinggi kelihatan rendah
- Biru tua dan ungu tua

LANTAI DAN PENUTUP LANTAI
*Ciri-ciri lantai yang baik -cantik
-kukuh
-tidak licin
-senang dijaga
*Jenis-jenis lantai
• Lantai simen- serambi,stor
• Lantai mozek- dapur,bilik mandi
• Terazo -bilik tetamu
• Marmar -bilik tetamu
• Parket-bilik tidur, bilik tetamu, tangga
*Jenis penutup lantai ialah permaidani, linolium dan vinil.
*Pemilihan penutup lantai menjamin keselamatan, keteguhan dan memudahkan penjagaan.

ALATAN & KELENGKAPAN
* Tempat kediaman memerlukan perabot dan kelengkapan untuk kemudahan dan keselesaan penghuninya.
*Perabot dan kelengkapan perlu disusun dengan sistematik supaya
• udara dapat beredar dengan baik
• tidak menghalang laluan
• kemalangan dapat dielakkan

KESELAMATAN
-Pilih alatan kelengkapan mengikut keutamaan dan pastikan ia dalam keadaan baik dan popular supaya alat ganti mudah diperolehi
-Peralatan elekrikda peraltan yang tajam digunakan dan disimpan dengan baik
-Jenis lantai sesuai dengan fungsi ruang
-Sediakan alat pemadam api






PENJAGAAN TEMPAT KEDIAMAN
JENIS KETERANGAN CONTOH
Pembersihan Harian  Dilakukan setiap hari
 Kerja yang ringan dan ringkas
 Dilakukan dalam masa yang singkat  Menyapu
 Mencuci pakaian
 Membuang sampah
 Menyusun buku
Pembersihan mingguan  Dilakukan pada hujung minggu
 Masa yang lebih lama
 Ada pembahagian tugas  Mengelap tingkap & perabot
 Mencuci tandas
 Memvakum
 Mengemop lantai
Pembersihan Berkala  Dilakukan pada masa cuti
 Begotong-royong bersama ahli keluarga  Menukar langsir
 Membersih kipas
 Membersih stor



Alat pencuci
BIL ALAT PENCUCI KEGUNAANNYA
1 Berus siling Membersih siling dan dinding
2 Sekuji Mengelap lantai
3 Penyapu rami Menyapu permukaan lantai licin
4 Penyapu lidi Menyapu lantai papan&konkrit
5 Penyapu sabut/plastik Menyapu permukaan lantai yang tidak licin
6 Berus tandas Mencuci mangkuk tandas
7 Mop lantai Mengelap lantai

Agen pencuci
BIL AGEN PENCUCI KEGUNAANNYA
1 Sabun Menghilangkan kotoran
2 Detergen Mencuci kotoran
3 Peluntur Menghilangkan kotoran degil
4 Pembasmi kuman Membunuh kuman

FAKTOR PEMILIHAN PERABOT DAN KELENGKAPAN TEMPAT KEDIAMAN
 Saiz ruang
 Saiz Perabot
 Skema Warna
 Keceriaan
 Keselamatan
 Bilangan ahli keluarga
SUSUN ATUR ALATAN DAN KELENGKAPAN DI RUANG DAPUR
AKTIVITI PENERANGAN
Meja Kerja  Diletakkan berhampiran dengan sink dan dapur untuk mengurangkan pergerakan
 Berada pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerja
Peti Sejuk  Diletakkan jauh daripada dapur bagi mengelakkan terkena haba yang panas
 Berdekatan dengan meja kerja supaya dapat memudahkan kerja
Sink  Diletakkan di tepi tingkap untuk mendapat pencahayaan dan pengudaraan yang baik
Dapur  Berada pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerja
 Diletakkan jauh daripada bahan mudah terbakar
 Diletakkan berhampiran dengan meja kerja untuk mengurangkan pergerakan

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...