Thursday, December 2, 2010

Tingkatan 3 : Reka Cipta


REKACIPTA

Maksud Reka Cipta

Penghasilan produk baru (kerativiti) atau pengubahsuaian produk (inovasi) untuk memenuhi kehendak pengguna.

Proses Reka Cipta
1.  Pengenalpastian masalah
2.  Pemilihan idea
3.  Perekaan projek
4.  Pemilihan reka bentuk projek
5.  Perancangan projek dan pembinaan projek
6.  Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek
7.  Pendokumentasian

Pengenalpastian masalah

1.  Pengenalpastian masalah merupakan langkah asas dalam proses reka cipta.
2.  Untuk menyelesaikan masalah, proses-proses berikut perlu dilakukan :
(a)         Mengenal pasti  masalah
(b)        Mengumpul maklumat dan data
(c)         Menganalisis maklumat
(d)        Menyenarai pelbagai idea penyelesaian masalah


Pemilihan idea

1.  Pemilihan idea ialah memilih satu daripada pilihan-pilihan idea yang ada dengan mengambil  kira kelebihan dan kelemahan setiap idea, serta dapat menarik minat pengguna.
2.  Faktor-faktor penting dalam pemilihan idea :
(i)                       Keupayaan kendiri
(ii)                   Pengetahuan dan kemahiran sedia ada
(iii)               Bahan dan komponen
(iv)                Cara pembuatan
(v)                    Kepentingan produk
(vi)                Mesra alam

Perekaan Projek

1.  Perekaan projek ialah proses yang dilakukan untuk membentuk projek yang hendak dihasilkan.
2.  Lakaran projek boleh dibuat dalam tiga atau dua dimensi dan ianya menggambarkan bentuk dan saiz projek.


Pemilihan Reka Bentuk

1.  Pemilihan reka bentuk perlu berpandukan kepada kriteria reka bentuk yang dilakarkan.
2.  Penilaian reka bentuk berpandukan kepada faktor berikut:
(i)                          Fungsi
(ii)                      Rupa bentuk
(iii)                  Kesesuaian bahan
(iv)                   Kaedah binaan
(v)                       Ketahanan
(vi)                   Kos
(vii)               Kemasan
(viii)        Keselamatan
(ix)                   Nilai komersial
3.  Membuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran ortografik
(a)         Pelan
(b)        Pandangan hadapan
(c)         Pandangan sisi

Perancangan Pembinaan Projek

1.  Bahan dan kesesuaiannya :
Bahan yang dipilih perlu sesuai dengan ketahanan projek dan ada nilai komersial.
(i)     Papan lapis                  (v)    Perspek
(ii) Kayu                           (vi)    Mounting board
(iii)   Kepingan logam        (vii)          Pelekat
(iv)    PVC                           (viii)  Medium Density     
                                                Fibreboard (MDF)

2.  Pemilihan alatan
Proses
Alatan tangan yang digunakan
Mengukur dan menanda
Pensel, pembaris keluli, pita pengukur, sesiku L, tolok serong
Memotong
Gergaji puting, gergaji tangan, gergaji lengkung halus
Membentuk
Kikir parit, pahat tepi serong
Mencantum
Tukul warrington, tukul kuku kambing, gandin kayu.
Kemasan
Berus cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat

3.  Menyediakan jadual kerja
Aktiviti / Minggu
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Mengenalpasti masalah








Mengumpul maklumat dan data








Menjana idea, melakar, dan memilih objek








Perancangan dan pembinaan objek








Pemasangan, pengujian dan pengubahsuaian





Dokumentasi

Persembahan









Pengiraan Kos
1.  Kos projek melibatkan kos bahan, kos upah dan kos overhead.
2.   Kos bahan ialah perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membeli bahan-bahan untuk membuat projek reka cipta.
3.  Kos upah ialah gaji atau upah pekerja bagi menghasilkan projek reka cipta.
4.  Kos overhead ialah perbelanjaan lain yang terlibat semasa proses penghasilan projek reka cipta.

Contoh pengiraan : (kos projek untuk 50 unit projek)

Kos bahan projek                                  =     RM 240.00
Kos upah (5 orang x 10 jam x RM3.00       =     RM 150.00
Kos overhead (elektrik, air, telefon)            =     RM   35.00

Kos Pengeluaran = Kos Bahan+Kos Upah+Kos Overhead
                           = RM 240.00 + RM 150.00 + RM 35.00
                           = RM 425.00

Kos Pengeluaran Seunit = Kos Pengeluaran
                                            Jumlah Unit
                                      = RM 425.00
                                            50 unit
                                      = RM 8.50
Pembinaan, Pengujian dan Pengubahsuaian Projek

1.   Mengukur, Menanda dan Memotong.
2.   Membina dan Mencantum bahagian Projek
3.   Memeriksa dan Menguji Sambungan & Pemasangan
4.   Menguji dan Menilai Projek
5.   Membuat Kemasan

Pendokumentasian

1.   Mengumpul dan Merekodkan Maklumat.
Perkara yang diperlukan dalam pendokumentasian:
Bil
Perkara
1
Tajuk projek
Rak serbaguna
2
Latar belakang
i.       Pernyataan masalah
ii.   Produk sedia ada
iii.         Cadangan projek
3
Objektif dan fungsi produk
Menyimpan alat-alat tulis
4
Deskripsi produk
i. Bahan dan komponen
ii. Jadual kerja
iii. Lukisan kerja
iv. Pembinaan
5
Rujukan atau bibliografi
Menyenaraikan semua bahan rujukan
6
Lampiran
Katalog, model, lakaran reka bentuk.

2.   Membuat Persembahan Projek

i.           Menyatakan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis   bahan, kos dan keistimewaan projek.
ii.       Merangkumi pengenalpastian masalah perancangan projek, pembinaan projej, kemasan dan pengiraan kos.
iii.   Menyatakan masalah yang dihadapi ketika menjalankan proses penghasilan projek
iv.    Memberi maklumat tepat dan jelas
v.        Menyediakan bahan-bahan yang dapat membantu persembahan dan harus disediakan seperti gambar dan carta.
vi.    Mendapatkan komen membina daripada kawan dan guru.
vii.                        Memperbaiki kualiti produk.





                          
                     

2 comments:

  1. nota ini memudahkan saya untuk merujuk latihan yang guru saya berikan..terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...