Thursday, December 2, 2010

Tingkatan 3 : Jahitan

Pilihan 2: Ekonomi Rumah Tangga
BAB 2: JAHITAN (tingkatan 3)
2.1 Proses Jahitan
1. Proses jahitan hiasan ialah menyediakan motif / corak dan menjahit artikel.
2. Hiasan biasanya digunakan untuk mencantikkan pakaian dan artikel ialah
(a) Tampal cantum (b) Tampal hias
(c) Kuilting (d) Sulaman (e)Renda

2.1.1 Jenis-jenis Hiasan dalam Jahitan
1. Tampal Cantum





2. Tampal Hias





3. Kuilting




4. Sulaman





5. Renda





2.1.2 Tampal Cantum, Tampal Hias, Kuilting
Tampal Cantum
*Jahitan tampal cantum memerlukan untuk mencantum kepingan fabrik supaya carak artikel lebih cantik.

Pengertian Tampal Cantum
(a) Fabrik yang digunakan daripada pelbagai warna dan corak .
(b) Tampal canum sesuai dibuat artikel seperti:
selimut, alas pinggan, alas meja, bantal.
(c) Bentuk-bentuk geometri digunakan untuk membuat tampal cantum ialah:



Menjahit Tampal Cantum
Langkah-langkah menjahit tampal cantum:
Langkah1: Sediakan plat contoh dengan menggunakan
kertas tebal.




Langkah2: Pindahkan plat contoh ke atas kertas lapik dan
buat seberapa banyak yang diperlukan.




Langkah3: Letakkan plat contoh di sebelah dalam (S.D.)
fabrik. Sematkan dengan jaraum peniti.




Langkah4: Gunting fabrik mengikut bentuk kertas lapik
dan sertakan basi 6mm di sekeliling tepi kertas
lapik.




Langkah5: Lipat basi ke S.D. dan jelujur di atas fabrik
sahaja. Ulang proses yang samauntuk semua
kepingan tampal cantum.



Langkah6: Temukan sebelah luar(S.L.)dua kepingan
tampal cantum dan jahit dengan jahitan lilit ubi
yang halus.




Langkah7: Gantum kesemua kepingan fabrik sehingga
menghasilkan artikel yang dikehendaki.
Langkah8: Tekan dengan seterika di sebelah dalam.
Langkah9: Tanggalkan semua jahitan jelujur dan keluaran
kertas lapik.






Langkah10: Lapik bahagian belakakng artikel dengan
fabrik yang sesuai untuk kemasan yang baik.

Tampal Hias
*Tampal hias ialah seni jahitan yang mengguna kepingan fabrikpelbagai warna, corak, tekstur.
*Jenis jahitan sesuai dijahit pada kanak-kanak,
jarung bantal, dan beg.

Pengertian Tampal Hias
(a) Tampal hias ialah tampalan satu atau lebih daripada satu
kepingan fabrik yang berbentuk di atas fabrik latar.

Menjahit Tampal Hias
Langkah-langkah menjahit tampal hias: .
Langkah1:Lukisan corak yang dikehendaki
di atas kertas lapik sebagai motif
motif tampal hias.



Langkah2:Pindahkan pola kertas motif tampal hias ke atas
Fabrik.




Langkah3:Tandakan basi kira-kira 6mm lebar.




Langkah4:Jahit mesin di luar garis bentuk motiff untuk
Menetapkan.




Langkah5:Motif tampal hias hendaklah digunting.




Langkah6:Kemaskan basi dan lipat basi
ke sebelah dalam fabrik.Pastikan
jahitan mesin tidak kelihatan di
sebelah luar fabrik.
Langkah7:Jahit jelujur untuk menetapkan lipatan.
Langkah8:Letakkan motif tampal hias di atas artikel fabrik
latar dan jelujur serong untuk menetapkan
kedudukannya.




Langkah9:Jahitan mesin atau sembat susup boleh dijahit
di sekeliling bentuk motif.




Langkah10:Tampal hias boleh dijahit dengan menggunakan
jahitan sulam seperti jahitan insang pari supaya
kelihatan lebih menarik.





Kuilting
Kuilting merupakan proses jahitan untuk menghasilkan corak timbul.

Pengertian Kulting
(a)Kuilting ialah corak timbul yang dihasilkan daripada tiga
lapisan fabrik.
(b)Dihasilkan dengan meletakkan wadding atau span di antara
dua lapisan fabrik.
(c)Digunakan untuk menjahit artikel:selimut,kusyen dan beg.

Menjahit Kuilting
Alatan dan bahan
1.Fabrik untuk lapisan atas
*Fabrik yang legap,lembut,rata,bercorak,tanpa corak,nipis
2.Wadding untuk lapisan tengah
*Pilihan wadding daripada kapas/polyester dan span nipis.
3.Fabrik untuk lapisan bawah
*Pilih fabrik yang sama
*Pilih fabrik seperti maslin,fabrik lis jika bahagian bawah kuilting
tidak dapat dilihat.
4.Benang
*Pilih benang yang sama gentian dengan fabrik dan warna sesuai
bernombor 40 dan 50.
5.Jarum
*Jarum jenis betweens pilih jarum bernombor7, 8 atau 9.

Langkah-langkah menjahit kuilting:
Langkah1:Sediakan pola.




Langkah2:Gunting fabrik kapas bercorak, tanpa corak dan span




Langkah3:Lakaran corak atau garisan pada sebelah luar fabrik lapis
atas dengan menggunakan kapur tukang jahit.



Langkah4:Letakkan lapik atau wadding di antara fabrik
lapik atas dengan fabrik lapis bawah.
Langkah5:Jahit jelujur serong untuk menetapkan ketiga-tiga
lapis fabrik.
Langkah6:Jahit mesin mengikut corak yang disediakan.
Langkah7:Kemaskan tepi kuilting dengan kun atau renda.

2.2 Penghasilan Projek Jahitan
1.Projek jahitan perlu mengandungi jahitan hiasan seperti:
tampal hias,tampal cantum,kuilting.
2.Projek dipilih ialah lapik pinggan.

2.2.1 Mengubah Suai Pola
Pola untuk sesuatu projek jahitan boleh diubah suai mengikut reka bentuk.







2.2.2 Menyusun Atur Pola dan Menggunting Fabrik
(a)Pola telah diubah mengikut cara dan ukuran yang dikehandaki.
(b)Pola talah dilukis dengan corak kuilting yang dipilih.
(c)Kenal pasti sebelah luar(S.L.)dan sebelah dalam (S.D.) fabrik.
(d)Pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus selari dengan ira
lurus fabrik.
(e)Semasa menggunting fabrik,tekan dengan sebelah tangan.







2.2.3Menjahit Projek Jahitan
Bahan-bahan
Bil Bahan Kuantiti
1. Fabrik kapas bercorak(35cm x 25cm) 2 keping
2. Wadding untuk lapik tengah(35cm x 25cm) 1 keping
3. Kun 1 1/2m
4. Benang jahit 1 buku

Proses Menjahit Kuilting pada Lapik Pinggan
(a) Menyediakan pola
(b) Melukis corak kuilting pada pola
(c) Menyusun atur pola di atas fabrik dan wadding
(d) Menjahit kuilting
(e) Menggunakan kun sebagai kemasan penyuduh tepi

2.2.4 Menghias Projek Jahitan
1.Hiasan sampingan seperti:
(a) Renda (b) Kun (c) Labuci
(d) Manik (e) Reben (f) Sulaman

3 comments:

  1. Assalamualaikum

    Biasanya soalan apakah yang biasanya keluar di kertas peperiksaan PT3?

    ReplyDelete
  2. ADAKAH LANGKAH LANGKAH MENGIKUT BUKU TEKS ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...